Tuesday, October 26, 2010

KEK KUKUS SARANG SEMUT

BAHAN A

2 cawan gula
2 cawan air
4 sudu marjerin

BAHAN B

8 biji telur
½ tin susu pekat manis

BAHAN C

2 sudu makan soda bikarbonat ayak bersama
2 cawan tepung naik sendiri

CARA-CARA
1. Hanguskan gula. Masukkan air sedikit –sedikit.
2. Masukkan marjerin. Ketepikan dan sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda
bikarbonat sedikit-sedikit.
4. Masukkan bahan A ke dalam B. Pukul perlahan. Seelok-eloknya biarkan perap selama ½ jam. 5. Kukus selama 2-3 jam.


Bahan-bahan untuk kek kukus sarang semut


Kek Kukus

Tuesday, October 19, 2010

KEK COKLAT



30gm CHOKLAT POWDER
300gm GULA
200gm MARJERIN
5 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR BAKING POWDER
200gm TEPUNG GANDUM
½ SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
¼ SUDU KECIL BUTTER OIL
2 SUDU SUSU TEPUNG
½ SUDU TEPUNG JAGUNG
3 CAWAN AIR








Monday, September 27, 2010

BISKUT COKLAT

Salam

Bertemu lagi dalam ruangan blog MPV P. Khas. Kali ini entri blog ialah Biskut Coklat.

Bahan
1000gm Butter
1800gm Tepung Gandum
200gm Serbuk Koko
700gm Gula Icing
4 biji Kuning Telur
50gm Tepung Jagung
1 sudu Butter Oil

Cara:

1. Pukul marjerin/ butter dengan gula .
2. Masukkan kuning telur. pukul perlahan.
3. Masukkan tepung,serbuk koko, tepung jagung dan butter oil. Kaup hingga menjadi doh.
4. Canai doh dan terap adunan dengan acuan kegemaran.
5. Bakar selama 20 minit dengan kepanasan 180'c.
2. Masukkan kuning telur

Tuesday, August 24, 2010

PIE TART

Salam...


Bertemu lagi dalam sudut MPV. Untuk sepanjang minggu ini murid pendidikan khas membuat Pie Tart untuk projek Hari Raya 2010.


Resepi Pie Tart:

600 gm tepung gandum
50 gm gula icing
30 gm tepung jagung
2 bj kuning telur
375 gm butter
2 titik butter oil
** jem strawbery secukup rasa


Kek
285 gm marjerin
100 gm gula
240 gm tepung gandum
5 bj telur (asingkan putih dan kuning telur: pukul putih telur sehingga putih)
2 sudu teh baking powder
3 titik butter oil

Gambar-gambar sepanjang aktiviti membuat Pie Tart.







Doh untuk Tart



Adunan Kek

Hasilnya Pie Tart akan menjadi seperti ini.



Friday, August 6, 2010

PROJEK HARI RAYA 2010


Seperti biasa, setiap tahun kelas MPV tidak terlepas agenda utama untuk membuat projek khas hari raya. Pada tahun ini MPV membuat biskut Almond London untuk dipasarkan dalam sekolah amnya serta pasaran luar.

Objektif diadakan projek hari raya adalah untuk:
  • Untuk melatih pelajar berdikauri
  • Sebagai kerjaya
  • Sebagai langkah awal menjadi usahawan
  • Memberi pendedahan sosial kepada pelajar berkeperluan khas dalam bergaul dengan masyarakat
  • Meningkatkan keupayaan kemahiran bersosialisasi dengan pelbagai peringakt umur
  • Memberi idea kepada pelajar akan kepentingan sesuatu kemahiran terutama dalam bidang masakan






Aktiviti memasukkan badam ke dalam biskut



Doh untuk biskut



Aktiviti membentuk biskut



Syuhada dan Zurham membuat biskut






Wednesday, July 28, 2010

BENGKEL MEMBUAT COKLAT

Salam...


Hari ini ada bengkel membuat coklat di kelas MPV. Apa yang kita perlukan untuk membuat coklat ialah sudah semstinya coklat.


Bahan:


1. Coklat Tulip


2. Coklat putih


3. Kacang (Badam, Chestnut, Gajus, Kismis dan yang sewaktu dengannya)


Peralatan:


Acuan pelbagai bentuk










Thursday, July 22, 2010

BAHULU

BAHAN:

10 biji telur
500gm gula
400gm tepung
4 titik esen ros